March 11, 2016

Penggera berbunyi, perompak lari

Barang kemas gagal dilarikan selepas perompak melarikan diri sebaik penggera berbunyi. FOTO Mohd Shukor Amin

Sabak Bernam: Dua penjenayah gagal merompak kedai emas di Jalan Radin, pekan Sekinchan, di sini, selepas sistem penggera premis berbunyi, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.20 petang itu, suspek yang menggunakan tukul terus melarikan diri menaiki kereta yang diletakkan di depan premis selepas sistem penggera berbunyi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, suspek yang dipercayai berusia 20-an tidak sempat melarikan barang kemas di ruang pameran walaupun cuba memecahkannya.

Katanya, polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis untuk mengenal pasti identiti suspek dan tiada sebarang kecederaan yang dialami pemilik mahupun pekerjanya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan kerana cubaan rompak dan operasi mengesan suspek sedang giat dijalankan," katanya.

myMetro 10 Mac 2016





0 comments:

Post a Comment