March 16, 2016

Pengawal tertembak pintu bank

Keadaan pintu bank yang retak akibat terkena tembakan. - Foto SUPIAN AHMAD

Ipoh: Seorang pengawal keselamatan sebuah bank di Jalan Sultan Idris Shah, di sini, dipercayai terlepas satu das tembakan menyebabkan cermin pintu utama bank berkenaan retak lewat petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, pengawal keselamatan berusia 50-an berkenaan dikatakan tertembak bahagian bawah pintu utama bank terbabit ketika hendak menyimpan senjatanya.

Menurut kakitangan bank yang ditemui di lokasi kejadian, ketika kejadian ada tujuh pekerja dalam bank berkenaan termasuk pengurus dan pengawal terbabit.

"Kami sedang bersiap untuk pulang apabila terdengar dentuman kuat menyebabkan semua terkejut.

"Nasib baik tiada siapa yang cedera dan tiada pelanggan ketika itu kerana bank sudah tutup," katanya.

Polis masih menjalankan siasatan di tempat kejadian dan Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong turut berada di lokasi.

myMetro 14 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment