March 4, 2016

Pencuri dibelasah sampai mati

Ipoh: Seorang lelaki berusia 37 tahun maut selepas dipercayai dipukul oleh orang awam kerana disyaki pecah rumah di Lebuh Rapat Baru, Taman lapangan Indah, di sini.

Dalam kejadian Isnin lalu, Chiong Weng Keong dibawa ke Balai Polis Kampung Rapat selepas dibelasah orang awam sebelum dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan kecederaan di kepala sebelum disahkan mati jam 5.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, polis sudah menerima laporan daripada ibu mangsa dan hasil bedah siasat dijalankan mendapati kematiannya disebabkan kecederaan di kepala akibat dipukul dengan objek tumpul.

Menurutnya, mangsa dipercayai memecah masuk rumah bersama rakannya yang masih bebas dan ditangkap orang awam sebelum dibelasah dan diserahkan ke balai polis.

"Siasatan dijalankan polis ditempat kejadian menemui satu bahan bukti iaitu batu dengan kesan darah.

"Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengesan rakannya yang masih bebas dan orang awam yang menangkap serta memukulnya," katanya.

Chang Keong berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

myMetro 4 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment