March 2, 2016

Pemandu maut tercampak keluar dari lori yang dipandunya

HULU SELANGOR - Seorang lelaki maut selepas tercampak keluar dari lori yang dipandunya di Kilometer 405 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini petang tadi.

Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, lori muatan kabel penebat elektrik yang dipandu Ammar Maruf Ibrahim, 24, dikatakan terbabas sebelum ditemui berada dalam keadaan melintang di bahagian kiri jalan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R. Supramaniam berkata, mangsa dikatakan terpelanting ke bahu jalan akibat insiden itu dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

"Hasil siasatan mendapati lori yang dipandu mangsa terbabas dan ditemui dalam keadaan melintang di bahagian kiri jalan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi tadi. - K! ONLINE

Kosmo 1 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment