March 4, 2016

Pemandu lori maut rempuh papan tanda

FOTO ihsan bomba

Ipoh: Seorang lelaki maut selepas lori membawa muatan buah-buahan dipandunya terbabas sebelum melanggar papan tanda di kilometer 264.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, dekat Jelapang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.20 pagi itu, mangsa Ahmad Tamizi Yusof,38, maut ditempat kejadian selepas parah dibeberapa bahagian anggota badan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mangsa dalam perjalanan dari Padang Besar, Perlis ke Kuala Lumpur dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas melanggar papan tanda bertulis di bahagian kiri jalan.

"Mangsa kemudiannya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

myMetro 3 Mac 2016


0 comments:

Post a Comment