March 13, 2016

Pemandu lori maut dalam kemalangan di Kluang

JOHOR BAHRU - Seorang pemandu lori maut manakala seorang wanita cedera apabila mereka terlibat dalam kemalangan dua buah kenderaan di Kilometer 15 Jalan Kluang-Teck Wah Hing dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohamad Laham yang mengesahkan kejadian itu berkata, kemalangan yang berlaku pukul 8.15 pagi itu dipercayai berpunca dari kecuaian pemandu kereta Proton Saga yang dipandu Sandran, 43, kerana memasuki laluan jalan bertentangan sebelum terbabas.

“Sandran ketika itu memandu seorang diri dari arah Renggam ke Kluang dan telah masuk ke laluan yang bertentangan seterusnya melanggar kereta yang dipandu oleh Aw Siow Fern,” katanya.

Sandran yang bekerja sebagai pemandu lori maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada, manakala Aw, 34, wanita yang memandu Myvi patah tangan kiri dan patah kaki kanan, dirawat di Hospital Enche Besar Kluang.

Mohamad berkata ketika kejadian keadaan cuaca baik, jalan lurus serta dua hala, permukaan jalan rata, kering dan berkabus.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -Bernama

12 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment