March 13, 2016

Pemandu bas cedera tersepit

ANGGOTA bomba menyelamatkan mangsa yang tersepit. FOTO ihsan Bomba

Melaka: Pemandu bas tersepit di bahagian tempat duduk selepas bas dipandunya terbabit kemalangan dengan lori di Kilometer 204.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran hentian rehat dan rawat Ayer Keroh, 4.30 pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.36 pagi.

"Laporan daripada Komander Operasi memberitahu, dua jentera dan sebuah Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke lokasi kejadian mendapati bas tanpa penumpang melanggar belakang lori dan pemandu bas itu tersepit.

"Pasukan penyelamat mengambil masa 10 minit mengeluarkan mangsa tersepit," kata jurucakap.

Difahamkan mangsa mengalami kecederaan pada muka dan tangan.

Menurutnya, bahagian enjin bas turut terbakar dan selamat dipadam.

myMetro 11 Mac 2016




0 comments:

Post a Comment