March 18, 2016

Pelajar tingkatan satu mati jatuh flet

Orang ramai melihat mangsa yang jatuh dari flat MBPP petang tadi. - Foto Ihsan Pembaca

Georgetown: Seorang pelajar tingkatan satu maut selepas terjatuh dari Flat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jalan Sungai, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, M Vishallini, 13, disahkan mati ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan awal mendapati ibu remaja terbabit meminta dia ke kedai di bawah flet terbabit kira-kira sejam sebelum kejadian.

“Bagaimanapun, ibunya terkejut apabila diberitahu anaknya terjatuh dan mengalami kecederaan teruk di badan serta kepala.

"Setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui dari tingkat mana mangsa terjatuh kerana tiada saksi yang melihat kejadian itu," katanya.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

myMetro 16 Mac 2016




0 comments:

Post a Comment