April 19, 2016

Pelajar pondok maut motosikal ditunggang terbabas


Keadaan motosikal ditunggang mangsa. Gambar kecil: Muhammad Faizwan Halimi

GUNUNG SEMANGGOL - Perjalanan pulang seorang pelajar sekolah pondok ke tempat pengajiannya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 187 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Muhammad Faizwan Halimi Baharom, 19, maut akibat kecederaan serius di kepala setelah motosikal dinaiki terbabas.

Menurutnya, siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari rumahnya di Petaling Jaya, Selangor ke tempat pengajiannya di Sekolah Pondok Penanti, Bukit Mertajam.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum melanggar pengadang jalan di laluan kecemasan.

“Mangsa kemudiannya tercampak ke laluan kecemasan, manakala motosikal dinaikinya tercampak ke laluan laju lebuh raya sebelum dirempuh sebuah kereta dipandu seorang wanita,” katanya.

Sinar Harian 29 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment