March 11, 2016

Pelajar maahad tahfiz maut dalam perjalanan ambil ibu

Keadaan mangsa yang maut di tempat kejadian.

KULIM - Seorang pelajar di sebuah maahad tahfiz di sini maut apabila terbabit dalam satu kemalangan dekat Kampung Siam hari ini.

Difahamkan mangsa ketika itu dalam perjalanan mengambil ibunya selepas menziarahi jenazah di kawasan berdekatan.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12.15 tengah hari itu melibatkan sebuah motosikal yang ditunggang mangsa Muhammad Shamim Ahmad Badrolhisham, 15, dengan sebuah kenderaan jenis kereta Proton Waja yang datang dari arah bertentangan.

Sinar Harian 9 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment