March 14, 2016

Pecah tingkap selamat budak


Kulim: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang terperangkap dalam kereta Proton Waja di depan sebuah bank di Kilang Lama,, Kulim, berjaya diselamatkan anggota bomba petang tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 malam itu, kanak-kanak ditinggalkan sendirian dalam sebuah kereta dipercayai oleh anggota keluarganya sebelum diselamatkan selepas hampir setengah jam terperangkap dalam kenderaan itu.

Jurucakap bomba berkata, sepasukan anggota bomba yang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan mendapati kereta terkunci dari dalam dan terpaksa memecahkan cermin tingkap kereta untuk mengeluarkannya.

Menurutnya, enam anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Zabidin Mat Desa bertindak melakukan operasi menyelamatkan sebaik tiba di tempat kejadian jam 7.36 malam.

" Pihak bomba terpaksa menggunakan alat Persuader untuk memecahkan cermin sisi kereta terbabit, sebelum mangsa dikeluarkan dengan selamat.

"Operasi tamat jam 8.28 dan mangsa kemudian diserahkan kepada keluarganya," katanya.

myMetro 13 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment