March 26, 2016

Pecah dibaling batu

Pintu cermin bank yang dibaling batu, malam tadi. FOTO ihsan pembaca

Alor Setar: Pintu cermin utama bank di Jalan Pegawai, di sini, pecah akibat perbuatan khianat selepas dibaling dengan batu oleh individu tidak dikenali malam tadi.

Dalam kejadian 10.21 malam itu, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan segera ke lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, siasatan mendapati pintu cermin utama pecah selepas dibaling dengan seketul batu yang ditemui di dalam premis itu.

Menurutnya, bank berkenaan tidak mempunyai mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebaliknya hanya menjalankan urusan insurans sahaja.

“€œKita akan menyemak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

myMetro 25 Mac 2016





0 comments:

Post a Comment