March 6, 2016

Pautan selamat nyawa

TIGA sahabat yang terselamat. Gambar kecil, bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam arus deras air terjun

Serian: Tiga sahabat berdepan detik mencemaskan apabila terpaksa berpaut hampir sejam pada besi di tengah kolam takungan air terjun sebaik dihanyutkan arus deras ketika mandi di Air Terjun Ranchan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Awang Sukri Awang Yusuf, 17, Mohd Raihan Abdullah dan Yusri Yusuf, keduad-duanya 19 tahun, berjaya diselamatkan pasukan penyelamat.

Ketika menceritakan detik cemas itu, Yusri berkata, dia bersama dua rakannya ke air terjun berkenaan untuk mandi kira-kira sejam sebelum kejadian dan ketika itu hujan baru berhenti.

Menurutnya, ketika berseronok mandi dan menyelam, tiba-tiba arus deras kuat dari hulu air terjun menyebabkan mereka bertiga dihanyutkan arus sehingga ke kolam takungan.

“Kami cuba berenang ke tepi tetapi tidak berjaya kerana arus kuat. Nasib baik kami sempat berpaut pada besi yang berada di tengah kolam takungan air.

myMetro 6 Mac 2016


0 comments:

Post a Comment