March 26, 2016

Parah motosikal rempuh lembu

Kuala Nerus: Anggota polis parah di kepala dan retak bahu kiri serta hidung selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor lembu di Jalan Bukit Tok Beng, di sini, 7.56 malam tadi.

Kejadian dipercayai berlaku ketika Koperal Marzuki Mohd Zain, 53, yang bertugas di Pondok Polis Seberang Takir dalam perjalanan menghantar anaknya ke tempat tuisyen.

Sebaik tiba di jalan berkenaan, mangsa dikatakan melanggar lembu yang melintas jalan dan menyebabkan motosikalnya terbalik.

Anak lelaki mangsa berusia 10 tahun hanya cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Mangsa dibawa HSNZ menggunakan ambulans Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

myMetro 23 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment