March 20, 2016

Neng Yatimah sudah tiada

FOTO Mior Azlan Mior Kamarulbaid

Singapura: Pelakon filem Melayu era 50-an, seniwati Neng Yatimah atau nama sebenar, Buntat Ahmad, 92, meninggal dunia jam 10.10 pagi ini di Hospital Khoo Teck Puat di sini.

Allahyarham yang mendapat jolokan pelakon air mata itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung dan penyakit kanser kolon dihidapinya sejak lebih setahun lalu.

Cucu arwah, Mohd Rezainudden Mustapha Azahari, 40, ketika dihubungi berkata, neneknya yang dijaga sepupu di Singapura sudah dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu.

"Keadaan kesihatan arwah nenek semakin merosot sejak arwah bapa saya, Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia, setahun lalu.

"Ditambah, kami sekeluarga juga agak lewat mengetahui arwah turut menghidap kanser kolon pada tahap tiga, tahun lalu selain masalah jantung,"katanya.

Allahyarham Neng Yatimah yang juga ibu kepada Allahyarham seniwati Roseyatimah itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Abadi Singapura selepas Zohor nanti.

myMetro 19 Mac 2016


Neng Yatimah meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Seniwati veteran, Neng Yatimah telah meninggal dunia kerana sakit tua pagi tadi di Singapura.

Seniwati Neng Yatimah atau nama sebenarnya Buntat Ahmad, 92, meninggal dunia di Hospital Khoo Teck Puat pukul 10.10 pagi ini kerana sakit tua.

Cucunya, Rezainuddin Mustapha, 40, berkata neneknya dimasukkan ke hospital berkenaan sejak dua hari lalu selepas mengadu tidak sihat.

"Saya menerima berita kematian ini daripada saudara yang berada di Singapura...kami ahli keluarga di sini sedang menguruskan persiapan untuk ke sana," katanya.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Pusara Abadi di Singapura selepas solat Zohor, katanya.

Allahyarham dikenali sebagai ratu air mata pada zaman kegemilangan filem era 1940-an merupakan ibu mertua kepada Allahyarham Datuk Mustapha Maarof.

Antara filem popular lakonan beliau adalah Seri Mersing, Batu Belah Batu Bertangkup dan Laila Majnun. K! ONLINE

19 Mac 2016


0 comments:

Post a Comment