March 6, 2016

Menangis gatal melampau

FADZILA mengucup bayinya, Nurzulfa Malaika Zulfakah.

Muar: “Saya tidak dapat menahan air mata setiap kali melihat dia menangis kesakitan akibat ekzema kronik yang dihidapnya sejak lahir,” kata Fadzila Ahmad, 30, ibu kepada Nurzulfa Malaika Zulfakah yang berusia tujuh bulan.

Menurutnya, keadaan kulit seluruh badan Nurzulfa Malaika menjadi bertambah teruk setiap kali cuaca panas menyebabkan dia menangis tanpa henti hingga kepenatan.

Fadzila berkata, lebih malang, dia dan suaminya seorang pemandu lori kini tiada pekerjaan selepas diberhentikan kerja sejak Ogos tahun lalu.

“Saya mempunyai ekzema namun hanya gatal di tangan manakala anak sulung, Muhammad Zulfa Nabil yang berusia dua tahun turut menghidap penyakit sama pada muka serta kepala.

“Selama ini, saya ingatkan Muhammad Zulfa Nabil yang lebih teruk berbanding saya, malangnya keadaan adiknya lebih menyedihkan kerana akan timbul di seluruh badan.

myMetro 5 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment