March 14, 2016

Mayat warga Afrika dalam sungai

Mayat lelaki dipercayai warga Afrika yang ditemui dalam Sungai Klang pagi tadi. - Foto Ihsan Polis

Kuala Lumpur: Mayat lelaki berusia 30-an dipercayai warga Afrika ditemui terapung dalam Sungai Klang berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam, di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Sharul Othman berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan ada mayat lelaki dalam sungai berkenaan pada jam 7.26 pagi.

Katanya, polis tiba di lokasi meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mengangkat mayat itu dan siasatan mendapati lelaki berkenaan memakai seluar cerah tanpa baju serta tiada dokumen pengenalan diri.

"Kita percaya mangsa adalah lelaki warga asing disyaki dari Afrika dan berumur 30-an.

"Pemeriksaan forensik mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk di bedah siasat," katanya.

myMetro 13 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment