March 16, 2016

Mayat penyelia ditemui depan flet

Mayat lelaki yang dijumpai terdampar di depan Bock C, Flet Larkin, pagi tadi. - Foto Ihsan PDRM

Johor Bahru: Lelaki berusia 32 tahun maut selepas dipercayai terjun dari Blok C, Flat Larkin di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 5.14 pagi tadi, lelaki yang bekerja sebagai penyelia di Singapura ditemui orang awam tertiarap di bawah blok flet berkenaan sebelum membuat panggilan polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, lelaki itu beralamat di Taman Perling di sini, dan penduduk sekitar tidak mengenalinya.

Beliau berkata, siasatan polis di lokasi kejadian juga mendapati tidak wujud unsur jenayah dan mayat dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, untuk bedah siasat.

"Lelaki itu tidak tinggal di flet itu dan polis percaya dia datang ke flet berkenaan sebelum terjun dari tingkat atas Blok C," katanya.

myMetro 14 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment