March 2, 2016

Mayat dalam parit

Suasana di tempat kejadian selepas mayat seorang lelaki ditemui di dalam parit. FOTO ihsan pembaca

Sabak Bernam: Kehilangan seorang lelaki sejak dua hari lalu terjawab apabila mayatnya ditemui dalam parit di Sungai Nibong dekat sini, pagi tadi.

Mayat Nordin Anton, 33, ditemui kira-kira 7 pagi oleh orang awam dalam keadaan tertiarap.

Sumber berkata, mayat ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap iaitu berbaju merah dan seluar kelabu.

Katanya, Nordin yang masih bujang itu dipercayai keluar dari rumahnya tidak jauh dari situ sejak dua hari lalu.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) dekat sini untuk tindakan lanjut," katanya.

myMetro 1 Mac 2016


Lelaki sawan ditemui mati dalam parit di Sungai Nibong

SUNGAI BESAR - Mayat seorang lelaki ditemui dalam parit di Simpang Empat Jalan Pusara,Sungai Nibong, di sini pagi tadi.

Mangsa Nordin Anton yang berusia 33 tahun itu ditemui kira-kira pukul 7.55 pagi oleh orang ramai dalam keadaan tertiarap di dalam parit berkenaan.

Ketika ditemui, mangsa yang dipercayai mempunyai penyakit sawan masih berpakaian lengkap iaitu berbaju warna merah dan seluar kelabu gelap.

Sumber berkata, mangsa yang masih bujang dipercayai keluar dari rumahnya sejak dua hari lalu namun keluarganya tidak mengetahui ke mana mangsa pergi. - K! ONLINE

1 Mac 2016





0 comments:

Post a Comment