March 16, 2016

Mayat bertutup plastik hitam

PETALING JAYA – Kerisauan seorang majikan setelah gagal mencari salah seorang pekerjanya terjawab apabila me­nemui mayat lelaki itu di dalam sebuah bilik stor pejabat ber­kenaan di Jalan PJU 1/45, Aman Suria di sini semalam.

Mayat mangsa, Yong Tian Fou, 39, dijumpai majikannya di bilik belakang firma kejuruteraan itu dalam keadaan kepalanya bertutup plastik hitam.

Difahamkan, mangsa yang telah bekerja di syarikat itu sejak tiga tahun lalu tinggal di bilik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Peta­ling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, majikannya mencari Tian Fou di pejabatnya selama sejam sebelum dia menemui mangsa yang telah meninggal dunia.

Kosmo 16 Mac2016


Majikan jumpa mayat pekerja

Polis mengangkat mayat lelaki yang dipercayai membunuh diri. FOTO Mohd Hasbi Sidek

Petaling Jaya: Seorang lelaki terkejut apabila menemui mayat pekerjanya yang dipercayai membunuh diri dalam keadaan kepala bertutup plastik hitam di pejabatnya di Jalan PJU 1/45, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira- kira 12 tengah hari itu, lelaki yang dikenali sebagai Yong Tian Fou, 39, dipercayai bunuh diri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, ketika kejadian, majikan yang dikenali sebagai Lai ke pejabat berkenaan untuk mencari Yong.

"Bagaimanapun, majikan itu menemui pekerjanya yang sudah meninggal dunia dan kepalanya ditutup dengan plastik hitam di sebuah bilik di bahagian belakang pejabat.

"Siasatan di lokasi kejadian mendapati tiada unsur jenayah. Si mati juga didapati mengalami kemurungan sejak seminggu lalu kerana kematian bapa," katanya.

myMetro 15 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment