Mayat yang reput dan hancur ditemui petang semalam
SEMPORNA - Mayat bayi dalam keadaan mereput dan hancur ditemui penduduk di bawah sebuah rumah di Lorong 3, Kampung Air di sini semalam.
Mayat bayi yang tidak diketahui jantina itu ditemui kira-kira pukul 3.30 petang di permukaan basah yang dipenuhi sampah sarap.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas berkata, mayat bayi itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna selepas dimakan oleh dua ekor biawak.
"Kita telah mengumpul cebisan mayat bayi berkenaan untuk tindakan lanjut. Buat masa ini, identiti bayi itu belum dikenalpasti," katanya di sini sebentar tadi.
Menurut beliau, mayat bayi telah dihantar ke Hospital Semporna untuk bedah siasat. - K!ONLINE
19 Mac 2016
Mayat bayi dimamah biawak
Semporna: Mayat seorang bayi dengan kesan gigitan biawak ditemui penduduk di Kampung Air, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, mayat bayi yang belum diketahui jantina ditemui dibawah rumah seorang penduduk dalam keadaan tidak sempurna.
Difahamkan, penduduk terbabit menemui mayat bayi itu ketika sedang memandikan anaknya sebelum mendapati dua ekor biawak yang berada dibawah kolong rumah sedang berebut sesuatu.
Selepas diperiksa, penduduk terbabit mendapati objek berkenaan seperti tangan manusia sebelum menemui satu bentuk tubuh bayi dalam keadaan tidak sempurna yang sudah dimakan biawak.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan penemuan bayi itu pada jam 5.30 petang dan siasatan segera dilakukan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian," katanya ketika dihubungi hari ini
myMetro 19 Mac 2016
0 comments:
Post a Comment