March 20, 2016

Maut terperosok bawah lori

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang terperosok di bawah lori. FOTO ihsan bomba

Johor Bahru: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terperosok di bawah lori dalam kemalangan di Jalan Mersing-Kota Tinggi dekat Sungai Ambat, Mersing, kira-kira 11 pagi tadi.

Mangsa, Aznan Idris, 44, yang juga warga Singapura menunggang motosikal berkuasa tinggi bernombor pendaftaran Singapura.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing diketuai komander operasi Latif Ismail bergegas lokasi kemalangan selepas menerima panggilan kecemasan jam 11.02 pagi.

"Kami tiba di lokasi kemalangan jam 11.20 pagi dan mendapati mangsa berada di bawah lori sebelum operasi mengeluarkannya dijalankan.

"Operasi kemudian ditamatkan jam 12.27 tengah hari tadi," katanya.

myMetro 20 Mac 2016


Maut bawah lori

Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah lori selepas kemalangan.

Johor Bahru: Seorang lelaki warga Singapura maut terperosok bawah lori dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 30, Jalan Mersing-Kota Tinggi dekat Sungai Ambat, Mersing, semalam.

Kemalangan kira-kira jam 11 pagi berlaku ketika Aznan Idris, 44, menunggang motosikal berkuasa tinggi dengan nombor pendaftaran Singapura berkonvoi bersama 20 motosikal lain.

Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superintendan M Kumar berkata, siasatan polis mendapati mangsa dari Singapura ke Air Papan, Mersing sebelum hilang kawalan.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung sebuah lori,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang parah di kepala dan badan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Katanya, kes itu dalam siasatan polis mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, lima anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Mersing diketuai Komander Operasi Latif Ismail bergegas ke lokasi kemalangan selepas menerima panggilan kecemasan jam 11.02 pagi.

“Kami tiba di lokasi kemalangan pada jam 11.20 pagi dan mendapati mangsa berada di bawah lori sebelum operasi mengeluarkannya dijalankan.

“Motosikal mangsa berkecai berhampiran lokasi kawasan kejadian,” katanya.

myMetro 21 Mac 2016







0 comments:

Post a Comment