March 11, 2016

Maut kereta terbalik

MANGSA maut tersepit di tempat duduk pemandu. FOTO ihsan Bomba

Kota Bharu: Lelaki berusia 24 maut selepas kereta dipandu terbabas dan terbalik dalam kejadian di Jalan Pengkalan Chepa dekat Sekolah Maahad Muhammadi Lelaki, di sini, 4.15 pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada 4.35 pagi.

"Sepasukan sembilan anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Zainuddin Senawi ke lokasi dengan kekuatan tiga jentera termasuk Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS).

"Tiba di tempat kejadian didapati mangsa terperangkap dalam kereta (tempat duduk pemandu) dan anggota menggunakan teknik 'door remover' untuk membuka ruang bagi keluarkannya," katanya.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Difahamkan proses bedah siasat ke atas mayat masih dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini.

myMetro 10 Mac 2016


0 comments:

Post a Comment