March 14, 2016

Maut kereta terbabas ke dalam parit

Perodua Alza terbabas ke dalam parot menyebabkan seorang wanita terbunuh. FOTO ihsan bomba.

Manjung: Wanita maut, tiga parah dan lima lagi terselamat selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit di Jalan Matang Acheh, Pantai Remis, di sini tengah hari tadi.

Kejadian 12.45 tengah hari itu, membabitkan sembilan mangsa yang menaiki Perodua Alza.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Datuk Yahya Madis berkata, bomba Pantai Remis menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 12.49 tengah hari.

"Berdasarkan maklumat awal, mangsa yang maut dikenali sebagai Rajeshwary, 55, manakala mangsa yang parah adalah lelaki berusia 32 tahun, wanita berusia 27 tahun dan remaja perempuan 16 tahun.

"Lima lagi mangsa iaitu dua wanita dewasa dan tiga kanak-kanak perempuan yang menaiki kenderaan sama terselamat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, tiada mangsa yang tersepit dalam kemalangan itu dan anggota bomba mengeluarkan mangsa tanpa menggunakan peralatan menyelamat sebelum menyerahkan mereka kepada polis untuk tindakan lanjut.

myMetro 13 Mac 2016





0 comments:

Post a Comment