March 2, 2016

Maut kereta masuk sungai

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO Asrizal Aris

Kampar: Wanita maut selepas kereta yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam sungai kecil di Jalan Ipoh-Kampar, Batu Karang, 12.25 tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Noraini Shamsuddin, 28, dalam perjalanan dari arah Ipoh ke Kampar dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke tebing sungai.

Ketua Bomba dan Penyelamat Kampar Yamin Naib berkata, anggotanya segera ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada 12.36 tengah hari dan mendapati wanita tersepit di dalam kereta itu.

"Anggota perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan anggota kami bertindak mengeluarkan mangsa.

"Lapan anggota menggunakan unit khas untuk memotong bahagian kereta dan mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pengusung," katanya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

myMetro 1 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment