March 9, 2016

Maut kereta langgar pokok

Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas merempuh pokok di Jalan Yan-Kuala Kedah dekat Sungai Limau. - Foto IHSAN PEMBACA

Alor Setar: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas dan melanggar pokok di hadapan Taman Malinja, Sungai Limau, petang ini.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, kejadian 3.30 petang itu berlaku ketika Muhammad Luqman Hakimi Abd Rahim, 21, dalam perjalanan ke Sekolah Pondok Sungai Dedap.

"Sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pokok di tepi bahu jalan sebelah kanan.

"Bahagian hadapan kereta milik mangsa remuk manakala mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya dalam kenyataan di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba Penyelamat Kedah Penguasa Bomba Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.25 petang sebelum tiba kira-kira 10 minit kemudian.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

myMetro 8 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment