March 9, 2016

Maut kenderaan terbabas elak anjing

KENDERAAN dinaiki mangsa terbalik di bahu Jalan Sungai Burung, Balung. FOTO ihsan polis

Tawau: Wanita maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya terbabas ketika mengelak daripada terlanggar anjing di Jalan Sungai Burung, Balung, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa Rhosma Hamid, 61, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi pekerjanya dikenali Salim Ardin Abd Latif, 23, dan Dani Salim, 20, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk dirawat.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, Žsemua mangsa menaiki kenderaan itu dan kemalangan berlaku akibat terbabas sendiri.

"Siasatan awal mendapati, kenderaan yang dipandu Salim Ardin dalam perjalanan menuju ke simpang SungaiBurung dan terbabas sebelum terbalik di bahu jalan sebelah kanan kerana cuba mengelak anjing yang berada di tengah jalan ketika itu.

"Akibat kejadian itu, penumpang sebelah pemandu meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu serta penumpang belakang cedera di leher dan kepala," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurut Fadil kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 8 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment