March 26, 2016

Maut di halaman rumah

FOTO Khairul Hamizy Ramlee

Kuala Terengganu: Kanak-kanak perempuan maut dilanggar kenderaan pacuan empat roda ketika bermain kasut roda di kawasan perumahan Kampung Bukit Bayas, di sini.

Murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas, Siti Sakinah Zanudin, 11, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), lewat petang semalam.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Noriah Mohd Salleh, 64, tiba di satu simpang sebelum membelok ke kiri untuk masuk ke halaman rumahnya.

Pemandu berkenaan kemudiannya memberhentikan kenderaannya selepas berasakan melanggar sesuatu dan apabila dia turun serta memeriksa kenderaannya mendapati kanak-kanak ada dibawahnya.

Mangsa kemudiannya dikeluarkan penduduk kampung sebelum dikejarkan ke HSNZ.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar, mengesahkan kejadian itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro 22 Mac 2016




0 comments:

Post a Comment