March 20, 2016

Maut bertembung MPV

Maran: Seorang lelaki terbunuh selepas motosikal Kawasaki Ninja ditunggangnya bertembung dengan Proton Exora di Simpang Jengka 6, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 1.15 petang, mangsa, Mohamad Hishammuddin Mustafa, 38, yang berasal dari Kampung Limbung, Paka, Terengganu, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Mat Rizal Mat Radzi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menghala ke Bandar Pusat dari Maran dipercayai cuba mengelak lori datang dari arah bertentangan sedang memotong Proton Exora itu.

"Mangsa yang cuba mengelak kemudian bertembung dengan Proton Exora itu dan terpelanting atas jalan," katanya ketika dihubungi, di sini.

Beliau berkata, pemandu lori lari meninggalkan tempat kejadian, manakala pemandu Proton Exora berusia lingkungan 40 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

myMetro 20 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment