March 12, 2016

Maut berbalas tembakan

Alor Setar: Tindakan penjenayah melarikan diri dengan kereta dan melepaskan tembakan ke arah anggota polis mengundang padah apabila dia maut ditembak di Taman Rakyat, Mergong, pagi tadi.

Dalam kejadian 4.10 pagi tadi, polis yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan kereta dinaiki lelaki berusia 30-an dalam keadaan mencurigakan di persimpangan lampu isyarat Taman Rakyat dan cuba menahannya.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, suspek bagaimanapun melarikan diri dan turut merempuh bahagian kiri kereta anggota polis.

Menurutnya, suspek turut melepaskan tiga das tembakan menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri.

"Kereta dipandu suspek kemudian terbabas dan merempuh sebatang pokok kira-kira 500 meter dari persimpangan lampu isyarat itu.

"Pemeriksaan di dalam kereta mendapati suspek yang belum dikenal pasti identiti maut dan kita turut menemui sepucuk pistol, bom tangan serta dadah," katanya ketika kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Abd Jalil berkata, siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti identiti suspek dipercayai warga tempatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 3 FIPA 1971 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya," katanya.

myMetro 11 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment