March 11, 2016

Mati dalam bilik

Petaling Jaya: Wanita berusia 27 tahun ditemui mati dalam keadaan tertiarap di sebuah bilik di Tropicana, Damansara, di sini, 2.31 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya dimaklumkan oleh polis bantuan Tropicana mengenai penemuan mayat terbabit.

"Apabila tiba di lokasi, polis berjumpa dengan keluarga mangsa dan masuk ke dalam bilik berkenaan.

"Mangsa didapati mati di atas tilam dalam keadaan tertiarap dan siasatan awal di jalankan di tempat kejadian dapati tiada unsur-unsur jenayah.

"Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

myMetro 10 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment