March 11, 2016

Mati berpakaian wanita

Subang Jaya: Lelaki berpakaian wanita ditemui mati selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga di pangsapuri mewah di SS 19/1, di sini, 9.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Senior Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang memaklumkan ternampak seorang disangka perempuan terjatuh dari bangunan pangsapuri berkenaan.

Katanya, pemeriksaan polis di lokasi mendapati mayat berada di kaki lima banggunan.

"Pemeriksaan mendapati mangsa adalah lelaki berusia 21 tahun berambut panjang dan lengkap berpakaian seperti wanita ditemui mati di tingkat bawah banggunan.

"Hasil pemeriksaan Unit Forensik mendapati terdapat kesan calar di badan dan darah di bahagian telinga dipercayai berlaku unsur jenayah.

"Polis turut menahan lelaki warga Kenya berusia 40 tahun di tingkat tiga banggunan berkenaan bagi membantu siasatan dan mayat dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat," katanya ketika ditemui sebentar tadi.

Menurut Yahaya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

myMetro 9 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment