March 13, 2016

Lori sampah terbakar, pemandu selamat

Anggota bomba memadamkan kebakaran lori sampah yang terbakar berhampiran stesen minyak di Mambau, pagi tadi. FOTO ihsan bomba

Seremban: Pemandu lori sampah berusia 53 tahun terselamat apabila lori yang dipandu terbakar berhampiran stesen minyak di Mambau, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 11 pagi itu, mangsa memberhentikan lori berhampiran stesen minyak berkenaan kerana dipercayai mengalami kerosakan sebelum berlaku kebakaran di bahagian enjin.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban K Putthisigamany berkata, sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 11.10 pagi.

Menurutnya, pemandu lori terbabit dan beberapa pekerja stesen minyak berkenaan cuba memadamkan kebakaran itu namun gagal sebelum menghubungi bomba.

"Sebaik tiba, api sudah marak dan kita segera memadamkan kebakaran yang mengambil masa 30 minit. Kejadian itu mengakibatkan lori sampah berkenaan musnah 60 peratus," katanya yang memaklumkan punca kebakaran masih dalam siasatan.

myMetro 11 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment