March 18, 2016

Lori masuk restoran

Lori yang terbabas dan merempuh restoran. FOTO ihsan pembaca

Georgetown: Pemandu lori berusia 43 tahun bernasib baik tidak cedera selepas kenderaan dipandu terbabas dan merempuh restoran di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah, di sini petang tadi.

Kemalanganpada 6.30 petang itu berlaku selepas pemandu lori yang dalam perjalanan dari Tanjung Bungah menuju ke Lembah Permai gagal menghentikan kenderaannya kerana masalah brek.

Menurut sumber, mangsa ingin memperlahankan kenderaannya mahu memasuki simpang di sebelah kanan namun kenderaan itu gagal dibrek.

"Berikutan itu, pemandu lori terbabit hilang kawalan lalu merempuh restoran di kiri jalan itu. Bagaimanapun, nasib baik ketika kejadian, tiada pelanggan di restoran itu dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan," katanya.

myMetro 16 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment