March 4, 2016

Lemas selepas ambil keputusan SPM


Jertih: Remaja yang baru terima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui lemas dipercayai tergelincir selepas mandi di Hutan Lipur Lata Tembakah di Hulu Besut, 4.20 petang tadi.

Chork Chai a/l Eh Di, 18, ke kawasan air terjun berkenaan bersama empat rakannya selepas mengambil keputusan peperiksaannya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)Tumpat, Kelantan.

Kejadian berlaku ketika remaja berkenaan berjalan sebelum tergelincir di tingkat dua kawasan air terjun itu.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Mustafa Ismail berkata, pihaknya terima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 5.30 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi didapati mayat mangsa sudah ditemui orang awam.

"Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Besut untuk proses bedah siasat," katanya.

myMetro 3 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment