March 9, 2016

Lemas di kolam terbiar

Anggota bomba menguruskan mayat Salahuddin yang ditemui lemas di kolam terbiar berhampiran Batu 12, Kampung Tasoh, Padang Besar. FOTO Hafizudin Mohd Safar

Padang Besar: Kaki pancing, Salahuddin Saad, 27, ditemui lemas selepas cuba mendapatkan semula pelampung mata kailnya yang terputus ketika keluar memancing bersama rakan di kolam terbiar berhampiran Batu 12, Kampung Tasoh, di sini, petang tadi.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis, Mohd Firdaus Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.51 petang sebelum sembilan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kangar ke lokasi kejadian bersama tiga jentera bomba termasuk ambulans Pasukan Penyelamat Kecemasan (EMRS) JBPM.

Katanya, selepas tiba di lokasi kejadian, pihaknya memulakan operasi mencari dan menyelamat di kolam terbiar sedalam enam meter itu.

“€œMangsa ditemui sejam selepas itu dan disahkan meninggal dunia sebelum mayat dihantar ke hospital untuk bedah siasat,”€ katanya ketika ditemui di lokasi kejadian petang tadi.

myMetro 7 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment