March 14, 2016

Lelaki Nepal tergantung di tingkap pangsapuri

Mayat lelaki Nepal yang tergantung pada tali diturunkan untuk dibawa ke hospital. - Foto Ihsan Bomba

Bukit Beruntung: Mayat lelaki warga Nepal ditemui tergantung di tingkat 3, Pangsapuri Dahlia, Jalan Mawar di sini, pagi tadi.

Penemuan mayat itu disedari pengawal keselamatan pangsapuri itu kira-kira jam 10.15 pagi sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, lelaki itu menggantung diri di tingkap luar rumah menggunakan tali nilon.

Beliau berkata, bedah siasat mendapati tulang halkum lelaki itu patah akibat jerutan tali namun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

"Setakat ini tiada unsur jenayah dalam kejadian ini dan mayat dibawa turun oleh pasukan Bomba dan Penyelamat," katanya di sini, sebentar tadi.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Khadka Dipak, 25, bekerja sebagai operator di sebuah killang dekat sini dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

myMetro 14 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment