March 2, 2016

Lelaki maut jatuh bangunan hospital


MELAKA - Entah apa puncanya seorang lelaki ditemui mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat paling atas sebuah hospital swasta di Jalan Merdeka berdekatan Melaka Raya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, lelaki berbangsa Cina yang merupakan bekas juruteknik dari kedah dipercayai datang ke hospital terbabit untuk mendapatkan rawatan bersama seorang lagi saudaranya yang berusia 30-an.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, sebelum kejadian mangsa yang berusia awal 30-an itu dipercayai datang ke hospital berkenaan bersama seorang saudara lelakinya untuk membuat pemeriksaan kesihatan di tingkat empat.

Shaikh Abdullah memberitahu namun sebaik sedang menunggu giliran untuk berjumpa doktor, saudara lelaki mangsa menyedari kehilangan mangsa dan ketika itu bertindak mencarinya di aras berkenaan sebelum mangsa kemudian ditemui tertiarap di tingkat empat hospital berkenaan.

“Pihak polis menerima maklumat kira-kira pukul 3.30 petang menyatakan ada orang terjatuh dari bangunan paling atas hospital terbabit. Sebaik tiba di lokasi kejadian polis menemui seorang mayat lelaki dalam keadaan tertiarap di tepi kaki lima di sebuah taman di tingkat empat hospital berkenaan”katanya ketika ditemui petang tadi.

Beliau memberitahu mangsa meninggal dunia ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah kerana jatuh dari tempat tinggi dan mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. - K! ONLINE

Kosmo 1 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment