March 6, 2016

Langgar pokok jati elak anjing

Keadaan kereta Toyota Altis yang rosak teruk pada bahagian belakang selepas melanggar sebatang pokok jati di Kilometer 65, Lebuhraya Utara-Selatan, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – Seorang remaja perempuan maut apabila kereta Toyota Altis yang dinaiki bersama tiga rakannya terbabas lalu melanggar sebatang pokok selepas cuba mengelak seekor anjing yang melintas di Kilometer 65, Lebuhraya Utara-Selatan di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 1.55 pagi itu, mangsa, Ewe Zhen Qi, 15, yang merupakan penumpang belakang mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Sementara itu, tiga rakannya, Ong Chee Hean, 22, yang merupakan pemandu kereta, Lim Ben Chen, 22, (penum­pang hadapan) dan Ooi Xiu Qin, 15, (penum­pang belakang) yang mengalami kece­deraan kini dirawat di Hospital Sulta­nah Bahiyah di sini.

Ketua Polis Daerah Pendang, De­puti Superitendan Fadzil Hashim berkata, siasatan awal mendapati, ke­semua mangsa dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Alor Setar untuk bertemu rakan mereka di sana.

“Bagaimanapun, setiba di lokasi kejadian, pemandunya terkejut apabila melihat se­ekor anjing tiba-tiba melintas lalu cuba mengelak sehingga menyebabkan kereta itu hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.

Kosmo 6 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment