March 13, 2016

Lagi empat sekeluarga maut dalam kemalangan

Foto myMetro

FAKTA KEMALANGAN:

LOKASI: di Jalan Koyan-Cameron Highlands berhampiran Pos Betau, Lipis petang tadi, membabitkan sebuah kereta dan sebuah van.

MANGSA-MANGSA YANG MAUT:

1. Norulaini Ab. Ghani, 43, suaminya 
2. Raja Mohd. Adnan Nin Raja Husain, 45 dan dua anak mereka 
3. Raja Nur Anis Batriaya, 8 dan 
4. Raja Nur a'iysah, 14.


KUANTAN - Empat sekeluarga maut manakala seorang lagi cedera parah dalam satu kejadian kemalangan ngeri melibatkan sebuah kereta Perodua Alza dan van jenis di Jalan Koyan-Cameron Highlands berhampiran Pos Betau, Lipis petang tadi.

Mangsa yang maut ialah pemandu Alza, Norulaini Ab. Ghani, 43, suaminya Raja Mohd. Adnan Nin Raja Husain, 45 dan dua anak mereka iaitu Raja Nur Anis Batriaya, 8 dan Raja Nur a'iysah, 14.

Seorang lagi anak pasangan tersebut yang turut menaiki kenderaan sama cedera parah manakala pemandu Toyota Hiace hanya mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis daerah Superintenden Abdul Razak Hassan berkata, kejadian kira-kira pukul 2.15 petang itu berlaku apabila kereta Perodua Alza yang dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah van dari arah bertentangan. - K! ONLINE

12 Mac 2016


Empat beranak terbunuh

Lipis: Empat beranak maut manakala dua parah dalam kemalangan dua kenderaan di Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands, dekat Pos Betau, di sini, hari ini.

Norulaini Ab Ghani, 43; suaminya, Raja Mohd Adnan Raja Husain, 45, dan anak mereka, Raja Nur Anis Batrisya, 8, serta Raja Nur A'iysah, 14, maut di tempat kejadian, pada 2.15 petang.

Dua mangsa parah pula adalah anak Norulaini dan Raja Mohd iaitu Raja Nur Alyaa Masturina, 13, dan pemandu van, Wendi Hasby, 26.

Ketua Polis Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata lima beranak yang MPV Perodua Alza itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di FELDA Jengka 6, Maran, selepas bercuti di Cameron Highlands.

Katanya, siasatan awal mendapati ketika menuruni jalan berbukit, MPV yang dipandu Norulaini tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan van.

"Pertembungan itu menyebabkan empat mangsa dalam MPV itu maut akibat tersepit di tempat duduk masing-masing.

"Kita meminta bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Raub untuk mengeluarkan mangsa," katanya

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Lipis untuk menerima rawatan dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

myMetro 12 Mac 2016


Tragedi pulang bercuti

ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kemalangan melibatkan kereta Perodua Alza dan van di Kilometer 13, Jalan Koyan-Cameron Highlands berhampiran Pos Betau, Lipis, Pahang, semalam.

Empat beranak maut nahas libatkan dua kenderaan

Oleh ABDUL RASHID 
ABDUL RAHMAN
pengarang@utusan.com.my

Empat beranak maut manakala seorang lagi ahli keluarga mereka parah dalam kemalangan melibatkan dua buah ken­deraan di Kilometer 13 Jalan Koyan-Cameron Highlands, berhampiran Pos Betau di sini hari ini.
Difahamkan, semasa kejadian kesemua mangsa yang menaiki kereta Perodua Alza dalam perjalanan pulang menuju ke Kuala Lumpur selepas bercuti di Cameron Highlands.

Mangsa yang maut ialah pemandu kereta berkenaan, Norulaini Ab. Ghani, 43; suaminya, Raja Mohd. Adnan Raja Husain, 45, dan dua anak mereka iaitu Raja Nur Anis Batriaya, 8, serta Raja Nur a’iysah, 14.
Seorang lagi anak pasangan itu, Raja Nur Alyaa Masturina, 13, mengalami kecederaan parah dan dirawat di Hospital Lipis.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Abdul Razak Hassan berkata, kejadian kira-kira pukul 2.45 petang itu berlaku ketika kesemua mangsa dalam perjalanan dari arah Cameron Highlands menghala ke Koyan.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta dinaiki keluarga ber­kenaan dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah van yang membawa barangan perniagaan.

“Kejadian menyebabkan empat mangsa yang menaiki Perodua Alza itu meninggal dunia dan seorang cedera, manakala pemandu van juga cedera,” katanya di sini hari ini.

Menurut Abdul Razak, mayat kesemua mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Hospital Lipis untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera turut mendapat rawatan di hospital sama.

Katanya, pada masa ini polis masih melakukan siasatan dan menunggu maklumat daripada ha­sil bedah siasat.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Raub, Tamezi Jantan berkata, apabila anggotanya tiba di tempat kejadian didapati terdapat tiga mangsa tersepit dan pihaknya mengambil masa 20 minit bagi mengeluarkan mereka.

Utusan 13 Mac 2016


0 comments:

Post a Comment