March 20, 2016

Konstabel maut bertembung lori

FOTO ihsan pembaca

Georgetown: Seorang konstabel polis maut selepas motosikal ditunggang terbabit dalam satu kemalangan, di Balik Pulau, di sini, tadi.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, motosikal ditunggang mangsa Muhammad Zulhasrizam, 25, bertembung dengan sebuah lori pasir.

Mangsa yang baru selesai tugasan kerja di Balai Polis Komuniti Queensbay itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Balik Pulau.

Mangsa difahamkan tidak dapat mengawal motosikalnya diselekoh tajam di situ sebelum masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan lori itu.

Mangsa yang termasuk di bawah lori terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

myMetro 20 Mac 2016


Anggota polis maut digilis lori selepas habis bertugas

KEADAAN mayat Muhammad Zulharizam dan motosikalnya yang berada di bawah sebuah lori pasir selepas kemalangan di Jalan Balik Pulau-Genting, Balik Pulau semalam.

BALIK PULAU – Seorang konstabel polis yang bertugas di pondok polis komuniti Queens Bay di sini terbunuh selepas motosikal yang ditungganginya memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh lalu digilis sebuah lori ketika dalam perjalanan pulang di Jalan Balik Pulau-Genting di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 3.15 petang itu, Muhammad Zulhasrizam Badar (gambar kecil), 25, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecede­raan parah pada badan dan kepala.

Sumber berkata, anggota tersebut baru sahaja kira-kira 15 minit tamat bertugas dan dalam perjalanan balik ke rumah di Kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini.

“Ketika tiba di tempat kejadian yang berselekoh tajam, anggota berkenaan dipercayai gagal mengawal motosikal sebelum memasuki lorong bertentangan.

“Sebuah lori dari arah bertenta­ngan gagal mengelak motosikal mangsa lalu merempuh dan menggilis mangsa,” katanya semalam.

Kosmo 21 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment