March 26, 2016

Kilang kayu hangus

Anggota Bomba memadam kebakaran. FOTO ihsan Bomba

Kuala Krai: Kilang kayu di Jalan Kuala Krai-Machang dekat Kampung Keroh di sini, terbakar 4.30 pagi tadi menyebabkan kerugian hampir RM25,000.

Ketika kejadian tiada pekerja di kilang jenis sementara itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohamad Hanif Che Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 4.44 pagi dan dua jentera tiba di lokasi pada 5.02 pagi.

"Panggilan dibuat oleh seorang penduduk kampung yang tinggal berdekatan kilang berkenaan.

"Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II Che Razak Harun dibantu lapan lagi anggota," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, punca kebakaran masih dalam siasatan, namun nilai kerugian dianggarkan bernilai RM25,000.

myMetro 23 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment