March 14, 2016

Khianat punca kebakaran belukar di Miri

Miri: Balai Bomba dan Penyelamat Lutong hari ini membuat laporan polis berhubung kebakaran belukar di Kuala Baram yang dipercayai perbuatan khianat.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kong berkata laporan itu dibuat pada 2.54 petang tadi berikutan penemuan ubat nyamuk lingkaran dan botol minyak dua liter di tepi jalan raya di lokasi kebakaran.

Law berkata kebakaran hutan dan belukar yang sering berlaku di Kuala Baram di sini, sehingga menyebabkan asap tebal dan jerebu dipercayai berpunca perbuatan khianat.

Justeru, beliau meminta ketua balai dan penyelia bomba untuk segera membuat laporan polis sekiranya mempunyai bukti kukuh untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata masalah kebakaran yang berlaku sejak bulan lalu dan berlarutan hingga kini menyebabkan penduduk di sini merungut kerana asap tebal dan jerebu.- BERNAMA

myMetro 13 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment