March 14, 2016

Khemah kenduri kahwin melayang

Tiga khemah diterbangkan angin ketika majlis perkahwinan Siti Razema Abd Razak, 28, dengan pasangannya Muhammad Amirul Zainal Abidin, 28. - Foto NOR FARHANI CHE AD

Keadaan khemah yang terbalik akibat dilanda pusaran angin kencang di Taman Ria, Sungai Petani, petang tadi. - Foto NOR FARHANI CHE AD

Sungai Petani: Seramai 200 tetamu yang sedang menikmati juadah majlis perkahwinan di Taman Ria, Sungai Petani, terkejut apabila khemah diterbangkan angin petang tadi.

Kejadian kira-kira 3 petang ketika majlis perkahwinan Siti Razema Abd Razak, 28, bersama pasangannya Muhammad Amirul Zainal Abidin, 28, itu turut merosakkan bumbung empat rumah termasuk rumah pengantin akibat dihempap khemah.

Bapa pengantin perempuan, Abd Razak Saad, 57, berkata ketika kejadian hampir 200 tetamu sedang makan apabila tiba-tiba pusaran angin datang dan mengangkat khemah.

“Khemah melambung tinggi sehingga paras bumbung rumah.

“Tetamu yang berada di bawah khemah kelam kabut berlari dan ada masih berada di bawah khemah akibat terkejut dan ketakutan," katanya ketika ditemui di sini, tadi.

Bagaimanapun dia bersyukur kerana tiada tetamu cedera dalam kejadian itu walaupun tiga khemah rosak serta bekas mengandungi makanan terbalik.

myMetro 13 Mac 2016




0 comments:

Post a Comment