March 6, 2016

Kereta disimbah asid

Kereta Siti Khadijah yang disimbah asid. FOTO Nabihah Kamal

Lokasi kejadian simbah asid semalam. FOTO Nabihah kamal 

Kuala Lumpur: Seorang pensyarah menanggung kerugian RM5,000 apabila keretanya disimbah asid oleh individu tidak dikenali dalam kejadian di depan kolej swasta di Lorong Universiti, di sini, semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, Siti Khadijah Adam, 34, meletakkan keretanya jenis Honda Civic di parkir di situ sebelum menyedari keretanya disimbah asid.

"Apabila ingin masuk ke dalam kereta, saya ternampak calar di pintu bahagian pemandu.

"Saya sangka dilanggar tetapi terdapat kesan cecair di beberapa bahagian kereta," katanya yang memaklumkan kos untuk mengecat semula keretanya, RM5,000.

Menurutnya, kereta lain yang diparkir berhampiran kawasan berkenaan turut menerima nasib yang sama.

Susulan itu, dia membuat laporan di balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor berkata, pihaknya menerima tiga laporan mengenai kejadian yang berlaku di hadapan kolej swasta itu.

"Kejadian membabitkan tiga kereta iaitu, Honda City, Naza Kia Forte dan Honda Civic yang rosak akibat disimbah cecair dipercayai asid.

"Motif kejadian masih dalam siasatan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat," katanya ketika dihubungi, petang tadi.

myMetro 4 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment