March 22, 2016

Kanak-kanak perempuan menghidap ketumbuhan pada otak

MUHAMMAD Iman menyuapkan Nur Farina ketika ditemui di rumahnya di Rumah Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Pantai Peringgit.

Tepuk dahi sendiri

Melaka: Bapa kepada kanak-kanak perempuan menghidap ketumbuhan pada otak hingga menyebabkan kepalanya membesar, Nur Farina Ng Muhammad Iman Firdaus Ng, 3, resah dengan perlakuan anaknya itu yang kini kerap menepuk dahi sendiri.

Muhammad Iman Firdaus Ng Abdullah, 52, berkata, dia khuatir sekiranya perlakuan itu disebabkan ketumbuhan pada dahi yang kembali merebak hingga menyebabkan Nur Farina, menjadi tidak selesa.

Katanya, walaupun perlakuan itu tidak terlalu kerap dia amat resah memikirkan hal kesihatan anak keduanya itu, selain Nur Farina kini dikatakan lebih kerap merengek berbanding sebelum ini.

“Setiap kali melihat dia menepuk dahi, saya akan menenangkan Nur Farina kerana khuatir dia sebenarnya mahu memberitahu berasa sakit pada bahagian dahi. Saya mengambil masa sehingga 10 minit untuk menenangkan atau mendodoikan Nur Farina, sehingga dia terlena.

“Saya akan membawa Nur Farina ke Hospital Kuala Lumpur (HKL), Selasa ini (esok), untuk berjumpa pakar kerana sudah dua kali tidak menghadiri temu janji, diharapkan keadaan kesihatan anak saya bertambah baik,” katanya.

myMetro 21 Mac 2016




0 comments:

Post a Comment