March 26, 2016

Jumpa janin dibalut baju hijau


Nilai: Janin seberat 200 gram ditemui dalam tandas di restoran di Dataran Nilai di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin berkata, janin berusia lima bulan itu ditemui pemilik restoran berusia 36 tahun pada 12.30 tengah malam.

Katanya, pihaknya menerima maklumat kejadian bergegas ke lokasi dan mendapati janin tidak dikenal pasti jantina dibalut dengan baju hijau.

"Bayi itu diletakkan atas kotak pengepam tandas secara terlentang, masih bertali pusat dan tidak cedera," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Balai Polis Nilai, di sini, hari ini.

Zaldino berkata, pihaknya kini memburu individu membuang janin terbabit mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

myMetro 23 Mac 2016




0 comments:

Post a Comment