March 18, 2016

Hutan Kampung Lawai terbakar

Anggota Bomba melakukan pemantauan selepas kebakaran berjaya dipadamkan. FOTO ihsan bomba

Sungai Siput: Kawasan hutan seluas 40 hektar di Kampung Lawai, di sini, terbakar kira-kira 2 petang semalam sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya, 3.30 petang tadi.

Bomba menerima panggilan orang awam pada 2.38 petang semalam sebelum seramai 30 anggota dari beberapa balai bomba ke lokasi kejadian dan memulakan operasi pemadaman pada 3.40 petang.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Ruhisha Haris berkata, kebakaran itu berjaya dikawal pada 1.38 petang semalam sebelum operasi pemantauan dijalankan di sekitar kawasan kebakaran.

"Keseluruhan kawasan terbakar adalah 40 hektar dan bomba turut mendapat bantuan daripada agensi lain seperti polis, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Orang Asli.

"Dalam proses pemantauan, kita memecahkan anggota kepada beberapa kumpulan dan pemantauan dijalankan tidak lagi mengesan api sebelum operasi ditamatkan 3.30 petang tadi ," katanya ketika dihubungi, di sini.

Ruhisha berkata, siasatan awal dijalankan mendapati punca kebakaran adalah daripada pembakaran tanpa kawalan dilakukan individu tidak bertanggungjawab.

Katanya, kebakaran itu hanya merebak di sekitar kawasan hutan berikutan kawasan perumahan terletak agak jauh kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian.

myMetro 16 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment