March 26, 2016

Fenomena gerhana bulan penumbra

Gerhana bulan penumbra yang dapat dilihat dari pekarangan Masjid Kristal, Pulau Wan Man. FOTO Aswadi Alias

Kuala Lumpur: Lebih 200 pengunjung menyaksikan fenomena gerhana bulan penumbra di Planetarium Negara malam ini.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara Dr Nordin Ahmad berkata, fenomena itu adalah gerhana bulan pertama tahun ini dan diameter bulan yang dilihat lebih kecil daripada diameter purata bulan memandangkan gerhana berlaku 2.1 hari sebelum bulan berada pada kedudukan paling jauh dengan bumi.

Katanya, gerhana bermula dengan fasa penumbra pada jam 5.39 petang dan gerhana maksimum pula berlaku pada jam 7.47 malam dengan bulan berada pada ketinggian 5.6 darjah dari ufuk timur.

"Fenomena ini hanya dapat disaksikan di Malaysia apabila bulan mulai terbit dari jam 7.21 malam hingga jam 9.55 malam apabila bulan keluar sepenuhnya dari bayang penumbra bumi.

"Ia amat sukar jika dilihat dengan mata kasar kerana bayang-bayang penumbra bumi adalah lebih samar jika dibandingkan dengan bayang-bayang penumbra bumi yang lebih gelap.

"Peluang untuk melihat kesan gerhana akan menjadi lebih baik atau lebih jelas jika menggunakan peralatan bantuan seperti binokular atau teleskop," katanya.

Menurutnya, pelbagai aktiviti turut diadakan antaranya taklimat gerhana bulan penumbra, trivia astronomi, cabutan bertuah, pencerapan gerhana bulan penumbra dan planet musytari, aktiviti Space Glow In The Dark dan tayangan video Earth, Moon and Sun.

Sementara itu, di Kuala Terengganu, fenomena gerhana bulan penumbra dapat dilihat selama10 saat bermula 7.42 malam tadi dari pekarangan Masjid Kristal di Pulau Wan Man.

myMetro 23 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment