March 18, 2016

Empat beranak nyaris rentung

FOTO ihsan bomba

Melaka: Empat beranak nyaris rentung apabila kereta Proton Saga yang dinaiki mereka terbakar sejurus selepas terbabit kemalangan dengan sebuah Proton Persona di Jalan Hutan Simpan Masjid Tanah-Sungai Udang, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang itu, kereta dipandu wanita berusia 30-an bersama tiga anaknya berumur antara 10 hingga 15 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari Sungai Udang menuju Masjid Tanah sebelum bertembung dengan Proton Persona yang datang dari arah bertentangan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Masjid Tanah, Pegawai Bomba Kanan II Tee Kim Guan berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.56 petang sebuah jentera bomba bersama 10 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian Proton Saga berkenaan sudah terbakar hampir 80 peratus manakala Proton Persona terbakar kira-kira 10 peratus manakala kesemua mangsa sudah dibawa keluar oleh orang awam.

"Kesemua magsa mengalami kecederaan dibeberapa bahagian badan termasuk muka itu kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan," katanya.

myMetro 17 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment